Sumber FMT

KUALA LUMPUR, 18 Apr 25 – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikritik berhubung pelantikan Mohamad Ali Mohamad sebagai Timbalan Ketua Penerangan, lapor FMT.
Dalam laporan tersebut, pemimpin BERSATU yang tidak dinamakan berkata, Majlis Tertinggi Bersatu tidak pernah meluluskan pelantikan tersebut.
“MT Bersatu tidak pernah meluluskan pelantikan ini. Mengapa Muhyiddin beri layanan istimewa?” katanya.
Beliau juga berkata jawatan itu tidak pernah wujud sebelum ini dan nampaknya baru diadakan.
“Tidak pernah ada jawatan ‘timbalan ketua penerangan’ dalam sejarah Bersatu. Jawatan itu dicipta untuk Ali,” katanya memetik laporan FMT.
“Muhyiddin mesti bertanggungjawab kerana bersetuju melantik Ali sebagai timbalan ketua penerangan walaupun umum sedar tentang desas-desus masalah yang dihadapi Ali sebelum pelantikan ini.”
Pemimpin itu berkata Muhyiddin melangkaui Majlis Tertinggi (MT) Bersatu untuk melantik Ali, walaupun bekas ahli Umno itu hanya menyertai parti itu pada April tahun lalu.
Kritikan ini muncul selepas Mohamad Ali menghadapi siasatan rasuah oleh SPRM, baru-baru ini. @sumber