Pengampunan Najib Untungkan PAS — Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR | 19 Sep 26 – Pengampunan Datuk Seri Najib Razak hanya akan memberi keuntungan politik kepada PAS, kata bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Zaid, Pakatan Harapan (PH) tidak boleh mendakwa mereka menentang pengampunan Najib sedangkan kerajaan sebelum ini mampu menghalangnya selama dua setengah tahun.

“PH tidak boleh berkata mereka menentang pengampunan itu dan tidak mampu menghalangnya. Mereka boleh menghalangnya selama dua setengah tahun, tetapi tidak mampu berbuat demikian untuk tempoh setahun lagi?” katanya.

Mengenai UMNO-BN pula, Zaid berkata parti itu mungkin mampu mengekalkan jumlah kerusi yang dimilikinya ketika ini, namun tidak akan memperoleh lebih banyak kerusi hasil daripada pengampunan Najib.

Sebaliknya, Zaid mendakwa PAS merupakan satu-satunya parti yang bersih dan tidak terikat dengan pemimpin yang mempunyai persoalan dari segi karakter.

“PAS adalah satu-satunya parti yang bersih dan tidak terikat dengan pemimpin yang mempunyai persoalan dari segi karakter,” katanya.

Beliau turut mendakwa PAS merupakan satu-satunya parti yang akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya lalu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share