Pemuda PAS Selangor Sedia Letak Calon, Cabar Ketua Armada Di Gombak Setia

SHAH ALAM | 12 Jan 26 – Ketua Pemuda PAS Selangor menegaskan parti itu wajib bertanding di kerusi DUN Gombak Setia pada Pilihan Raya akan datang, dengan jentera Pemuda PAS negeri bersedia sepenuhnya menghadapi sebarang cabaran.

Beliau berkata, PAS mempunyai calon-calon berintegriti dan berakhlak yang layak diketengahkan bagi mewakili parti dalam kawasan itu.

“Insya-Allah, Pemuda PAS Selangor siap siaga membantu. PAS mempunyai ramai calon berintegriti serta berakhlak untuk diketengahkan. Are you readyyyyy?” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu muncul ketika isu dalaman Perikatan Nasional (PN) kembali hangat, susulan gesaan Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham, agar setiap parti komponen diberi ruang menentukan ketetapan mereka sendiri sebelum sebarang keputusan mengenai Pengerusi PN dimuktamadkan.

Langkah tegas Pemuda PAS Selangor itu dilihat sebagai isyarat politik jelas bahawa parti itu bersedia memperkuatkan pengaruhnya di Selangor tanpa bergantung pada sebarang ketidakpastian dalam gabungan PN.

Ia juga menegaskan kesediaan jentera muda PAS untuk berperanan aktif dalam menghadapi persaingan politik di peringkat negeri, sejajar dengan prinsip keteguhan parti dan autonomi keputusan parti dalam gabungan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share