Kontroversi UEC: MP Machang Dakwa UMNO Jadi ‘Pak Turut’ DAP

KUALA LUMPUR | 16 Mei 26 — Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa UMNO kini semakin dilihat tunduk kepada DAP susulan keputusan kerajaan meluluskan laluan kemasukan lepasan UEC ke institusi pengajian tinggi awam.

Dalam status facebook beliau, Wan Fayshal menempelak kenyataan EXCO Wanita UMNO yang juga anak kepada Presiden UMNO dengan menyifatkan ia hanyalah alasan.

“Kak Long bagilah apa alasan sekalipun, yang pasti rakyat dan sejarah tetap akan menilai UMNO menjadi pak turut DAP (ringkasnya: UMDAP). Katanya.

Beliau pada yang sama turut mengulas pandangan yang disuarakan Prof. Emeritus Dr. Teo Kok Seong yang menyifatkan keputusan berkaitan UEC sebagai kemenangan besar buat DAP hasil sokongan menteri-menteri UMNO dalam Kabinet.

Beliau juga membidas cubaan beberapa pemimpin DAP yang dikatakan mengaitkan kelulusan UEC dengan institusi tahfiz bagi mempertahankan keputusan kerajaan.

Katanya, tindakan tersebut seolah-olah cuba “memperbodohkan orang Melayu” dengan memberi gambaran bahawa kelulusan kepada tahfiz boleh dijadikan alasan untuk meluluskan pengiktirafan UEC.

Dalam nada lebih keras, beliau menyeru rakyat menghukum gabungan kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana didakwa mengkhianati perjuangan mempertahankan dasar dan identiti negara.

“Kita tolak UMNO-DAP-PH-BN. Hukum mereka kerana mengkhianati perjuangan moyang kita yang bermati-matian mempertahankan tanah air,” katanya.

Isu pengiktirafan UEC sebelum ini mencetuskan polemik besar apabila beberapa tokoh pendidikan mendakwa keputusan tersebut boleh menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan identiti sistem pendidikan negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share