Penangguhan RUU URA Bukti Kerajaan Hilang Sokongan, Kata Pejuang

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 25 — Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mendakwa penangguhan perbahasan Rang Undang-Undang Urban Renewal Act (RUU URA) di Parlimen semalam menunjukkan kerajaan kini kehilangan sokongan, termasuk daripada wakil rakyat dalam bloknya sendiri.

Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid, berkata RUU tersebut mendapat tentangan hebat bukan sahaja daripada pembangkang, malah turut ditolak rakyat biasa, pertubuhan masyarakat sivil, serta sebahagian ahli Parlimen kerajaan.

“Barisan Nasional minta ia ditangguh, malah ada juga ahli Parlimen PKR yang meminta perkara sama. Ini bukti jelas bahawa dalam kerajaan sendiri pun sudah ada yang tidak percaya dengan RUU tersebut,” katanya.

Menurut Rafique, langkah menangguhkan bacaan penuh RUU itu mengelakkan kerajaan daripada berdepan undi yang akan membuktikan bilangan sokongan tidak mencukupi.

“Penangguhan ini bukan kelewatan biasa, tetapi tanda kerajaan goyah. Ia bukti hilang sokongan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rafique menegaskan mandat wajar dipulangkan semula kepada rakyat. “Biar rakyat pilih siapa yang layak membentuk kerajaan. Tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan krisis kepercayaan ini,” tegasnya.

Semalam, Rang Undang-Undang Urban Renewal Authority (URA) yang dijadual dibentang untuk bacaan kedua serta dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat minggu ini ditangguhkan ke sesi Parlimen akan datang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share