PUTRA, BERJASA Ucap Tahniah Pengerusi PN Baharu

KUALA LUMPUR | 24 Feb 26 – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Parti BERJASA Malaysia, merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan berasingan, kedua-dua parti menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan Ahmad Samsuri mampu memperkukuh kestabilan gabungan serta memperkasa hala tuju perjuangan PN dalam landskap politik semasa.

BERJASA menerusi Presidennya, Ustaz Zamani Ibrahim, mendoakan agar Ahmad Samsuri diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan ketegasan dalam memimpin gabungan ke arah kestabilan politik, pengukuhan muafakat serta perjuangan yang berteraskan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Presiden PUTRA dalam kenyataannya pula menegaskan komitmen untuk terus memainkan peranan konstruktif sebagai rakan strategik dalam memperjuangkan agenda nasional yang berprinsip, berintegriti dan berorientasikan masa depan.

Kedua-dua parti menzahirkan harapan agar kepimpinan baharu ini dapat memperkukuh kesatuan dalaman PN dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap gabungan berkenaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share