Pendakwaraya Tidak Puas Hati Dengan Saksi Sendiri, Dakwa Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 9 Jul 25 – Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, pendakwaraya dalam kes melibatkan dirinya kelihatan tidak berpuas hati dengan saksinya sendiri, apabila menekan saksinya dengan soalan bertubi-tubi ketika perbicaraan sejak Isnin lepas.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta.

“Hari ini, ada saksi dipanggil untuk mengesahkan pembelian kayu untuk tiang bendera. Ini memang betul berlaku. Memang kerja saya pun pada masa itu untuk uruskan kempen di pelbagai tempat.

“Pihak pendakwa juga memanggil seorang lagi saksi pendakwaan iaitu mantan timbalan ketua setiausaha sulit perdana menteri. Sejak Isnin, tiga hari berturut-turut dia kena datang.

“Saya betul-betul keliru dengan apa yang berlaku dalam mahkamah terhadap mantan TKSUS itu sepanjang tiga hari yang dia datang,” kata Wan Saiful di Facebook miliknya.

Katanya, disebabkan tekanan terhadap saksi itu agak keterlaluan, peguamnya sendiri terpaksa bangun membantah tindakan pendakwaraya tersebut.

“Saya rasa seperti pihak pendakwa sendiri bertalu-talu mempersoalkan jawapan yang diberi oleh beliau padahal dia adalah saksi pendakwa.

“Sehinggakan peguam saya pula terpaksa bangun berkali-kali membantah tindakan pendakwa berkali-kali mengulang-ulang soalan yang sama apabila tidak puas hati dengan jawapan saksi,” katanya.

Ahli Majlis Pimpinan Bersatu itu juga percaya pihak pendakwaraya gagal mencipta naratif yang dikehendaki daripada kenyataan saksi tersebut.

“Memang kita faham pendakwa ada naratif yang mereka hendak tunjukkan. Tapi takkanlah nak berkali-kali tanya saksi sendiri apabila saksi itu bagi jawapan yang tak memuaskan hati.

“Adakah tak puas hati sebab naratif mungkin lari? Inilah masalahnya apabila pendakwaan terpilih yang bermotif politik. Saksi sendiri pun ditanya berbagai soalan dalam mahkamah,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share