Penganalisis: Muhyiddin Wajar Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Tun M

KUALA LUMPUR, 15 DIS 25 — Pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini tular di media sosial disifatkan sebagai mengejutkan serta membawa implikasi serius terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali.

Menurut Mazlan, hubungan politik antara Mahathir dan Muhyiddin yang sebelum ini berada dalam parti sama, dengan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu dan Mahathir sebagai Pengerusi, menjadikan tuduhan tersebut lebih berat dan memberi kesan besar dari sudut kredibiliti kepimpinan.

“Tuduhan Tun Mahathir itu sangat serius. Ia memberi kesan besar kepada Tan Sri Muhyiddin, khususnya sebagai Presiden Bersatu. Dalam keadaan ini, beliau perlu membersihkan namanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh,” katanya.

Dr. Mazlan berpandangan, kegagalan mengambil tindakan tegas boleh menjejaskan kepercayaan ahli-ahli parti dan rakyat terhadap kepimpinan Muhyiddin, sekali gus mencemarkan imej beliau sebagai pemimpin berpengalaman yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan tersebut bukan sahaja melibatkan pertikaian politik biasa, tetapi menyentuh soal maruah dan integriti seorang tokoh negara, justeru menuntut penjelasan dan tindakan yang jelas bagi mengelakkan persepsi negatif terus berlarutan di mata umum.

Baru-baru ini, Pengerusi PN, Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mahathir yang mengaitkannya dengan penyelewengan wang parti, susulan video tular yang memuatkan tuduhan tersebut.

Muhyiddin menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan liar dan tidak berasas, sambil menegaskan beliau tidak pernah mencuri atau menyimpan wang parti di kediamannya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Dokumen Bocor Dakwa Usaha Singkir Hamzah

Memo tersebut antara lain menuduh Hamzah terlibat dalam usaha menggulingkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk didakwa mengumpul akuan berkanun (SD) serta membina pakatan untuk mengambil alih parti.
Read More

Naik Lagi, Harga Diesel Cecah RM6.72 Seliter

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, kenaikan tersebut didorong oleh lonjakan harga minyak mentah global sejak beberapa minggu lalu, susulan krisis tenaga di Asia Barat yang turut meningkatkan kos logistik dan insurans.
Read More
Total
0
Share