Pengetua, Pegawai Sekolah Zara Dipindah Ke JPN Sabah – KPM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 25 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara pengetua, penolong kanan hal ehwal murid dan semua warden SMK Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan keputusan itu diambil susulan pengumuman pihak polis bahawa pasukan petugas khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian pelajar sekolah berkenaan, Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaam KPM pada masa ini. KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” jelas kenyataan itu.

Baru-baru ini, Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa satu pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah dihantar ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share