Penjawat Awam Tak Boleh Turun Himpunan Turun Anwar – KSN

KUALA LUMPUR, 21 Jul 25 – Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.

Beliau berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Terima kasihlah kepada Raja dan Negara,” katanya memetik laporan Bernama.

Polis menjangkakan seramai antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga memberi jaminan polis akan membantu memudah cara penganjuran himpunan di ibu negara itu.

Polis katanya akan mengendalikan kawalan keselamatan semasa himpunan itu secara profesional, namun mengingatkan semua pihak agar mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share