Perjanjian Anwar–Trump: Mahathir Ajak Mantan Pegawai Bahas Secara Terbuka

KUALA LUMPUR, 13 DIS 25— Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar para mantan pegawai keselamatan dan pentadbiran kerajaan untuk tampil berdebat secara terbuka dengannya berhubung isu kedaulatan negara dalam Perjanjian Anwar-Trump.

Dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik hari ini, Mahathir menyindir keyakinan beberapa tokoh yang menyatakan bahawa perjanjian itu tidak menjejaskan kedaulatan negara.

“Wah!! Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara. Mari kita adakan perbahasan terbuka antara mantan-mantan supaya ditentukan Malaysia sudah digadai atau tidak,” katanya.

Kenyataan itu hadir selepas laporan Bernama yang memetik beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk bekas Panglima Angkatan Tentera dan bekas Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa Perjanjian Anwar-Trump tidak melibatkan penyerahan kuasa atau unsur yang menggadai kedaulatan Malaysia.

Seruan Mahathir ini dilihat cuba membuka ruang perdebatan lebih luas, sekali gus menuntut ketelusan dalam menjawab persoalan sama ada keputusan kerajaan menandatangani perjanjian tersebut dengan pentadbiran Presiden Donald Trump membawa implikasi terhadap kedaulatan negara.

Ahli politik veteran itu sebelum ini turut membuat laporan polis agar menyiasat perjanjian ini, yang menurutnya sebagai perbuatan – pengkhianatan kepada negara.

Baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid telah menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada Perdana Menteri, menuntut penjelasan berhubung perjanjian tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share