Dalam perbincangan tentang bagaimana Iran mampu bertahan di bawah tekanan sekatan Barat hari ini, satu bab lama sering diangkat semula iaitu peranan Mahathir Mohamad pada era 1980-an hingga awal 2000-an.
Mahathir tak perlu dilihat sebagai “penyelamat”, tetapi sebagai antara beliau, antara ratusan pemimpin yang mula menguji sempadan hagemoni sistem ekonomi global yang didominasi Barat.
Selepas Perang Iran–Iraq, Iran berdepan pengasingan ekonomi yang serius. Banyak negara Barat menjauhkan diri, aset Iran dibeku, akses kewangan Iran juga terhad, dan perdagangan menjadi semakin sukar.
Dalam konteks itu, Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri, mengambil pendekatan yang tidak konvensional: mengekalkan hubungan dagang dan mencari jalan alternatif untuk memastikan urus niaga terus berjalan dengan objektif, Malaysia untung, Iran bernafas.
Salah satu pendekatan utama ialah perdagangan bukan berasaskan dolar Amerika. Pada ketika sistem kewangan global semakin berpusat kepada USD, Malaysia cuba mengurangkan kebergantungan itu melalui mekanisme seperti barter—minyak Iran ditukar dengan komoditi lain seperti minyak sawit.
Pendekatan ini bukan sahaja praktikal, tetapi strategik: ia mengelakkan keperluan melalui sistem perbankan antarabangsa yang terdedah kepada sekatan.
Langkah sebegini memberi Iran ruang bernafas pada saat banyak pintu ekonomi tertutup. Ia bukan penyelesaian menyeluruh, tetapi cukup untuk memastikan aliran perdagangan tidak terhenti sepenuhnya. Inilah bagaimana kebijaksanaan Mahathir, dikutip oleh IRAN.
Dalam masa sama, Malaysia membina reputasi sebagai rakan dagang yang tidak sepenuhnya tunduk kepada tekanan geopolitik. Dari sinilah, repitasi Mahathir sampai ke Putin, Presiden Russia.
Namun, penting untuk difahami had pendekatan ini. Malaysia bukan kuasa besar, dan keupayaannya untuk melindungi Iran daripada kesan sekatan adalah terhad. Banyak urusan tetap berdepan risiko, dan skala perdagangan tidak mampu menggantikan akses penuh kepada pasaran global.
Walaupun begitu, legasi pendekatan ini masih relevan hari ini. Strategi Iran moden, mengambil pengalaman berurusan dengan Mahathir, dengan menggunakan sistem bayangan, perdagangan alternatif, dan mengelak dominasi dolar, mempunyai persamaan asas dengan eksperimen awal era Mahathir.
Ia menunjukkan satu prinsip penting: apabila akses kepada sistem global disekat, negara akan mencari jalan untuk membina sistemnya sendiri, walaupun di pinggir aturan antarabangsa. Begitulah Mahathir membangun pelbagai industri di Malaysia, Proton, Cyberjaya antaranya.
Kesimpulannya, sumbangan era Mahathir bukanlah dalam bentuk bantuan langsung berskala besar, tetapi dalam membuka jalan pemikiran, bahawa sekatan boleh dielak bukan dengan konfrontasi terbuka, tetapi dengan kreativiti ekonomi dan keberanian politik. @analitiko
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.