Perluasan SST Akan Menekan Rakyat, kata Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR, 14 Jun 25 – Ketua Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr Ronald Kiandee mendakwa perluasan cukai perkhidmatan (SST) akan menekan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan B40.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bakal melalui dan menyaksikan satu lagi episod keperitan hidup, susulan perluasan cukai SST antara 5% hingga 10% ke atas 4,104 kategori barangan dan perkhidmatan akan dikenakan ke atas rakyat.

“Realitinya, perluasan SST ini akan menekan semua lapisan rakyat, dari pasangan muda yang nak berkahwin, ibu bersalin, warga emas dan yang paling terkesan tentulah golongan B40 kerana Malaysia bergantung kepada import makanan bernilai RM75.6 bilion setahun, – yang mana setiap kenaikan cukai akan diterjemahkan kepada kenaikan harga makanan. Katanya.

Tambah beliau, kerajaan Madani hari ini tandus idea untuk mencipta sumber kekayaan baharu bagi membesarkan kek ekonomi negara, sebaliknya hanya bergantung kepada penguatkuasan cukai dan pengurangan subsidi yang menjerut rakyat.

“Perluasan SST ini adalah bukti kerajaan tiada impati kepada nasib rakyat serta bukti jelas betapa Kerajaan Madani hari ini tandus idea untuk mencipta sumber kekayaan baharu bagi membesarkan kek ekonomi negara, sebaliknya hanya bergantung kepada penguatkuasan cukai dan pengurangan subsidi yang menjerut rakyat.

Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu menegaskan perluasan cukai SST ini dibuat ketika sudah banyak subsidi dipotong.

“Ketika rasionalisasi RON95 bakal dilaksanakan, ketika tarif elektrik akan dinaikkan, ketika Bank Dunia baru sahaja mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia untuk 2025 jatuh kepada 3.9%, dan ketika rakyat sudah sedia terbeban dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

“Ketika impati yang diharapkan,kerajaan memilih untuk menambah beban walaupun rakyat sedang lemas. Ujarnya.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai 2025.

Menurut kenyataan kementerian kewangan, langkah ini bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share