Petronas-Petros : PM Minta Semua Pihak Tangguh Kenyataan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar kepentingan bersama.

Beliau berkata, perbincangan lanjut bagi memuktamadkan perkara itu akan diatur sebaik sahaja Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, kembali dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom.

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya. Katanya kepada Bernama.

Perbincangan lanjut membabitkan urusan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan dimuktamadkan segera.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang yakin isu terbabit akan dapat dirungkai dengan berhemah.

Baru-baru ini, Kerajaan Sarawak mengeluarkan surat tuntutan kepada anak syarikat PETRONAS, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), atas dakwaan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share