Petronas: Retorik Kerajaan Madani Tak Selari dengan Realiti

Pengumuman oleh Petronas mengenai pengurangan sehingga 10% tenaga kerja, melibatkan ribuan kakitangan termasuk pekerja kontrak, telah menimbulkan persoalan besar terhadap peranan dan tanggungjawab kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, terutamanya apabila ia melibatkan sebuah syarikat milik penuh negara.

Sehingga kini, tiada kenyataan tegas atau pelan mitigasi daripada Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Ekonomi terhadap isu ini. Ini amat mengecewakan memandangkan Petronas bukan sekadar entiti perniagaan, tetapi pemacu utama ekonomi negara. Ketika rakyat menunggu tindakan, kerajaan kekal diam.

Kerajaan saban hari mendakwa ekonomi negara sedang pulih. Namun, tindakan drastik Petronas ini membongkar kelemahan asas struktur ekonomi. Jika syarikat minyak nasional sendiri tidak mampu mengekalkan tenaga kerja, di manakah letaknya “pemulihan” yang dilaung-laungkan?

Pekerja kontrak, seperti biasa, menjadi golongan paling terkesan. Tanpa rancangan pampasan, tanpa pelindungan sosial, dan tanpa suara. Adakah kerajaan akan membiarkan ribuan kerja rakyat hilang punca pendapatan? Di mana program latihan semula? Di mana skim penempatan semula? Kita tak dengar apa-apa usaha atau perancangan.

Keputusan besar seperti ini wajar dibahas di Parlimen dan didedahkan kepada umum. Namun, kerajaan membiarkan pengurusan Petronas menjadi jurucakap utama, tanpa sebarang keterlibatan wakil rakyat atau kesatuan pekerja. Ini satu pengkhianatan kepada prinsip keterbukaan dan akauntabiliti.

Jika ini sebahagian daripada strategi global transisi tenaga, maka kerajaan perlu hadir dengan dasar perlindungan. Bukannya sekadar menerima tekanan luar lalu mengorbankan pekerja tempatan. Malaysia tidak boleh membiarkan hal ini berlaku tanpa pelan sosial yang kukuh.

Adalah wajar untuk kerajaan menyediakan pelan khas mitigasi kehilangan pekerjaan bagi pekerja GLC. Memastikan ketelusan dan pendedahan awam bagi sebarang penstrukturan korporat besar dan memberi keutamakan kebajikan rakyat dalam setiap langkah strategik melibatkan GLC besar milik negara.

Petronas adalah lambang kebanggaan negara. Tetapi jika kerajaan terus bersikap acuh tak acuh terhadap ribuan pekerja yang bakal kehilangan kerja, maka slogan “Madani” hanya tinggal retorik kosong. @analitiko

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Adakah Kerajaan Persekutuan Bertukar Sebelum PRU?

Sama ada gelombang itu akhirnya membawa kepada pertukaran kerajaan Persekutuan sebelum PRU atau sekadar menjadi asas kepada kerjasama yang lebih kukuh pada pilihan raya umum akan datang, semuanya bergantung kepada perkembangan politik selepas keputusan PRN diumumkan.
Read More

ATM: Dari Skandal Panglima ke Isu Moral ATM

Kesimpulannya, masalah ATM hari ini bukan sekadar skandal moral atau dakwaan rasuah individu, tetapi kegagalan sistem akauntabiliti. Tanpa mekanisme bebas seperti Ombudsman dengan kuasa sebenar, setiap skandal, sama ada melibatkan panglima atau anggota bawahan , akan terus berulang dalam kitaran yang sama.
Read More
Total
0
Share