Pilihan Raya Datuk Bandar KL Masih Belum Dibincang Dalam Kabinet – Fahmi

PUTRAJAYA | 6 Feb 26 – Kerajaan menegaskan bahawa cadangan untuk memperkenalkan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur belum dibawa atau dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa apa yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, sebelum ini hanyalah sebuah kajian yang sedang dijalankan, bukan satu cadangan polisi yang sudah dibawa ke Kabinet.

Kajian itu disediakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai usaha menilai kemungkinan mengadakan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar.

Fahmi berkata, sehingga kini tiada apa-apa kertas kerja yang dibentangkan ke Kabinet, justeru belum timbul perbincangan rasmi mengenai perubahan kepada cara pemilihan Datuk Bandar.

Beliau turut menambah bahawa status kajian itu masih di peringkat pramatang dan belum wajar dibincangkan di peringkat Parlimen atau Kabinet buat masa ini.

Isu pilihan raya Datuk Bandar ini menjadi fokus perbincangan politik selepas kajian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin parti. Ada yang menggesa kajian itu dibentangkan secara telus, manakala segelintir pihak menolak idea tersebut atas pelbagai alasan politik dan demografik. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share