PN Mahu Komitmen Kerajaan Laksana RUU Perubahan Iklim Negara

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 25 – Mantan Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan agar berani melaksanakan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) serta menggubal RUU Perubahan Iklam Negara bagi memastikan langkah penting ke arah memperkukuh daya tahan iklam negara.

Ketika mengulas jawapan kementerian dalam sesi soal jawab di Parlimen, Tuan Ibrahim berkata, penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris akan memberi impak besar terhadap komitmen global dalam usaha mitigasi perubahan iklim, khususnya dari sudut pembiayaan iklim dan hala tuju dasar tenaga dunia.

“Dalam situasi geopolitik yang tidak menentu, Malaysia mesti terus melangkah ke hadapan secara strategik dan berani. Usaha seperti pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK), serta penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara merupakan langkah penting ke arah memperkukuh daya tahan iklim negara.

“Kerajaan, melalui jawapan balasnya, telah menjanjikan komitmen yang baik untuk memastikan dasar dan tindakan perubahan iklim dilaksanakan secara konsisten dan menyeluruh.

Namun demikian, beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan sebenar perlu disandarkan kepada keberanian politik, kejelasan hala tuju dasar dan penglibatan menyeluruh semua sektor agar setiap dasar yang digubal bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan global, tetapi benar-benar menjamin kelangsungan masa depan rakyat dan negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Pimpinan BERSATU Hulu Langat Keluar Parti

"Kami berasa sangat malu dan terkesan di atas tindak tanduk yang dilakukan oleh pimpinan BERSATU yang akhirnya menyebabkan penyatuan ummah yang dirangka terus disabotaj dan mengheret Perikatan Nasional ke kancah ketidaktentuan," kata mereka lagi.
Read More
Total
0
Share