PN Perlu Tunjukkan Kebesaran Jiwa Kepimpinan – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 19 NOV 25 – Presiden Parti Putra, Dato’ Paduka Dr Ibrahim Ali menegaskan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) adalah masa kritikal bagi Perikatan Nasional (PN) untuk menunjukkan kebesaran jiwa kepimpinan demi masa depan negara.

Menurut beliau, dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dan sosial yang menekan rakyat, PN tidak seharusnya bertindak berdasarkan kepentingan peribadi atau parti kecil.

“Saya tidak membawa kepentingan kecil. Saya bercakap sebagai seorang yang kerdil dan sudah lalui berbagai pengalaman yang mahu melihat negara kembali selamat, stabil, makmur dan bermaruah,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan.

Beliau juga menekankan bahawa kepimpinan yang matang dan bersifat terbuka adalah kunci untuk memimpin rakyat keluar daripada pentadbiran yang rosak dan kronik. PRU16, katanya, bukan sekadar pertandingan politik tetapi penentu hala tuju negara.

“Jika PN berjaya, sejarah akan mencatat PRU16 sebagai permulaan baharu, dan PN lah yang membuka pintunya,” ujarnya.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menyeru semua pihak untuk meletakkan kepentingan negara di hadapan dan menyokong pembentukan Blok Pembangkang Bersepadu yang diketuai PN. @politiko.my  

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share