Majlis Tertinggi PN Mesyuarat 14 Mac Ini

PARLIMEN | 3 Mac 26 – Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi pada Sabtu, 14 Mac ini, jam 11 pagi.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, semasa sidang media di Parlimen, yang menyatakan notis rasmi telah dikeluarkan kepada semua ahli Majlis Tertinggi.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan akan menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi gabungan itu bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal semasa dan pengurusan parti.

Mesyuarat tersebut dijangka akan membincangkan struktur organisasi yang baharu bagi mengisi beberapa jawatan yang telah dikosongkan berikutan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin serta pengikutnya Azmin Ali dan Radzi Jidin. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share