
PARLIMEN | 3 Mac 26 – Usaha untuk membawa Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun gagal meraih sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, selepas hanya meraih 146 undi “setuju” dalam bacaan kali kedua hari ini.
RUU itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah ahli Parlimen, namun hasil undian menunjukkan 44 memilih berkecuali manakala 32 lagi tidak hadir.
Dalam perbahasan, Hamzah Zainudin, tampil membuat teguran tajam mengenai implikasi undang-undang yang dicadangkan tersebut.
Beliau berhujah bahawa had tempoh jawatan perdana menteri berpotensi menghakis kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong — kuasa tradisi dalam memilih perdana menteri yang diyakini mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.