
KUALA LUMPURA, 26 Jun 25 – Perikatan Nasional (PN) menggesa satu siasatan penuh dan telus segera diadakan bagi mengetahui punca kematian seorang pelajar Institusi Pengajian Swasta (IPTS) yang berlaku di Cyberjaya, semalam.
Ketua Portfolio Pendidikan PN, Dato Sri Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan perlu menilai semula Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) keselamatan IPT Swasta.
“Siasatan penuh dan telus dijalankan segera, dan keadilan ditegakkan untuk mangsa serta keluarganya.
“Kerajaan menilai semula SOP keselamatan di IPT swasta, termasuk sistem kawalan keselamatan, akses kampus dan kerjasama dengan pihak berkuasa. Ujar beliau.
Berdasarkan laporan media, seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya ditemukan maut dalam rumahnya dipercayai dibunuh pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman mangsa.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati terdapatnya kecederaan ditemukan di bahagian kepala.
Menerusi kenyataan yang sama, Saifuddin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengingatkan kepada semua IPT bahawa keselamatan pelajar mesti menjadi keutamaan mutlak.
“Saya merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga penuntut IPT swasta di Cyberjaya yang maut dalam insiden tragik semalam.
“Kejadian ini amat menyayat hati dan menimbulkan kebimbangan serius berkaitan keselamatan pelajar di IPT swasta.
“Tragedi ini tidak boleh dipandang ringan, dan tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.