PN Tak Setuju Cadangan Rafizi, RCI Bawah Kawalan PM

KUALA LUMPUR, 12 Jul 25 – Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Naional (PN), Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan berpendapat bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh Datuk Seri Rafizi Ramli bukan mekanisme yang berkesan dalam menangani kemelut pelantikan hakim-hakim mahkamah tinggi.

Menurut Takiyuddin, ia berikutan proses penubuhan RCI itu masih berada di bawah kawalan dan budi bicara penuh Perdana Menteri yang bertindak memberi nasihat kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

“MP-PN pada dasarnya menghargai pendirian YB Rafizi dalam isu Kehakiman negara yang sebahagian besarnya ada persamaan dengan pendirian PN selama ini.

“Ini termasuklah soal peranan JAC dan kuasa eksklusif YAB Perdana Menteri dalam soal pelantikan hakim-hakim di mahkamah tertinggi.

“Walau bagaimanapun dalam hal cadangan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan kemelut badan kehakiman ini, MP-PN mempunyai pandangan yang berbeza atas alasan ianya bukanlah suatu mekanisma yang mencukupi dan berkesan memandangkan ia masih berada di bawah kawalan dan budi bicara penuh Perdana Menteri yang bertindak memberi nasihat kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong. Ujarnya.

Tambah beliau, atas sebab-sebab itu maka Ahli-Ahli Parlimen PN tidak dapat menyatakan sokongan kepada cadangan tersebut.

“Justeru MP-PN tidak dapat menyatakan sokongan kepada cadangan dan gesaan YB Rafizi dalam hal tersebut.

“Walau bagaimanapun PN akan menilai apa-apa perkara berkaitan yang mungkin dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang Parlimen yang bermula 21 Julai 2025 ini. 

Baru-baru ini, Rafizi Ramli mencadangkan penubuhan RCI bagi menrungkai kemelut pelantikan hakim-hakim mahkamah tinggi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share