Tun Dr Mahathir Jalani ‘Outing’ Pertama, Keadaan Kesihatan Stabil

KUALA LUMPUR | 27 Jan 26 — YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad hari ini menjalani ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada awal Januari lalu bagi rawatan dan pemulihan.

Menurut siaran media Pejabat Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri itu dibawa oleh pegawai-pegawai perubatan IJN ke sebuah kafe di pusat membeli-belah Pavilion Damansara Heights dan menghabiskan masa kira-kira 40 minit di lokasi berkenaan.

Tun Dr. Mahathir ditemani isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib, serta beberapa pegawai perubatan institut tersebut.

Siaran media itu memaklumkan, Tun Dr. Mahathir menikmati segelas iced chocolate sempena ‘outing’ berkenaan, yang merupakan kali pertama beliau dibenarkan keluar sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke IJN untuk rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines, yang mengakibatkan patah tulang pinggul kanan.

Selepas sesi tersebut, Tun Dr. Mahathir dibawa semula ke IJN dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu meneruskan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, pihak pejabat beliau turut memaklumkan bahawa lawatan ke atas Tun Dr. Mahathir ketika ini masih terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Lagi Ahli MCA Masuk BERSATU

Beliau yakin gelombang sokongan itu akan berterusan dan Ahli Bersekutu akan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan Bersatu sebagai parti masa depan rakyat Malaysia.
Read More
Total
0
Share