Presiden PAS Tegur 3 ADUN Perlis: Tiada Wala’ dan Langgar Arahan Parti

KUALA LUMPUR | 11 Feb 26 – Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, menegaskan bahawa 3 ADUN PAS Perlis didapati tidak menunjukkan ketaatan dan wala’ kepada Pesuruhjaya PAS Negeri yang dilantik oleh PAS Pusat, sekaligus menimbulkan ketegangan dalam pentadbiran negeri.

Dalam surat terbuka kepada ahli PAS Perlis, beliau menegaskan bahawa PAS Pusat mempunyai kuasa tertinggi untuk melantik jawatan termasuk Pesuruhjaya Negeri dan Menteri Besar, yang wajib ditaati oleh semua ahli parti.

“PAS Pusat yang dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat berkuasa bagi melaksanakan pentadbiran yang tertinggi dalam PAS yang tidak berlawanan dengan dasar dan hukum tertinggi, mengikut Fasal 39(1) dan Fasal 39(9) Perlembagaan PAS. Katanya.

Abdul Hadi berkata, tabayyun yang dijalankan terhadap aduan salah laku ADUN terbabit mendapati tiada saksi adil dan tuduhan berpunca daripada cerita rekaan. Namun, ADUN berkenaan dikritik kerana menonjolkan diri, membuat lobi dalaman yang tidak berakhlak, dan mengabaikan proses pentadbiran negeri yang sah.

Presiden juga menekankan bahawa tindakan mereka menyokong langkah yang boleh menjatuhkan kerajaan PAS Perlis adalah satu bentuk pengkhianatan.

“Tidak beristiqamah menghadapi tekanan pihak luar dan tidak mempertahankan perjuangan parti, sehingga melaksanakan langkah daripada luar jemaah yang bercanggah dengan perjuangan parti yang menentang salah laku dan penyelewengan yang mahu merosakkan Kerajaan Negeri. Katanya.

Beliau menyeru semua ahli supaya mengutamakan kepentingan jemaah dan perpaduan parti, menegaskan bahawa perjuangan PAS perlu bergerak terus tanpa terhenti oleh kepentingan peribadi.

“Kesimpulannya bahawa kepercayaan kami kepada Pesuruhjaya PAS yang dilantik sangat tinggi. Apa yang berlaku ialah tidak wala’ kepada Parti dan tidak taat kepada pemimpin yang dilantik oleh Pimpinan PAS Pusat tanpa alasan yang sebenar. Ujarnya.

Abdul Hadi menekankan bahawa hanya dengan taat kepada pimpinan yang dilantik dan menjaga disiplin parti, kerajaan negeri dan jemaah PAS dapat dipelihara daripada gangguan dan sabotaj. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Selangor Perlu URA, kata MB

"Saya percaya URA ini diperlukan oleh mana-mana pentadbir dan pemerintah kerana kalau tidak, kita akan membiarkan kawasan itu terus susah tanpa dibangunkan semula," katanya
Read More
Total
0
Share