Putra Dakwa RUU URA Menindas Minoriti, Mahu Penambahbaikkan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 25 – Parti Putra menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang akan dibentangkan oleh kerajaan sebagai langkah menindas kumpulan minoriti.

Menurut Pengerusi Pengerusi Biro Ekonomi & Sara Hidup, Dr. Mohamad Izwan bin Zainal berkata, cadangan pengurangan Ambang persetujuan (consent threshold) dalam RUU ini adalah langkah yang menindas, kerana ia membuka ruang penduduk minoriti dipaksa tunduk kepada kehendak majoriti.

“Jaminan kerajaan kononnya hak penduduk tetap dilindungi hanyalah retorik kosong, sedangkan realitinya mekanisme pampasan dan perlindungan masih lemah.

“RUU yang digembar-gemburkan sebagai kononnya moden, inklusif, dan berdaya saing ini sebenarnya berisiko besar menjadi alat menghalalkan pengusiran penduduk serta menggadaikan prinsip keadilan sosial. Katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Putra telah mengenalpasti beberapa isu utama dalam RUU URA ini, antaranya risiko minoriti terpinggir dan kehilangan hak untuk menolak pembangunan semula serta berpotensi berlakunya ketidakpuasan, protes, atau pertikaian undang-undang.

“ Cabaran sosial dan politik berkaitan pemindahan penduduk sementara atau kekal. Ini memperlihatkan akan berlakunya corak perpindahan pengundi yang drastik.

“Putra ingin mencadang terhadap penambahbaikan mekanisme undang-undang jelas membolehkan penduduk minoriti menolak atau menangguhkan projek. Ujarnya.

Selain daripada itu, Putra juga mahu penubuhan komisen timbang tara untuk menyelesaikan pertikaian antara penduduk dan pemaju.

“Pampasan dan faedah dipertingkat untuk menampung kos pindah sementara, kehilangan perniagaan, atau penurunan nilai hartanah, dengan insentif tambahan.

“Proses libat urus lebih telus melalui sesi berkala dan platform digital untuk maklum balas dan aduan secara real-time.

“Ambang persetujuan (consent threshold) digantikan dengan sistem berperingkat yang mengambil kira minority sebagai pemberat yang perlu dirujuk. Katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa kerajaan menyelesaikan dahulu isu berbangkit berkenaan cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) sebelum di bentangkan di Dewan Rakyat.

“Saya masih merasakan kerajaan belum berjaya menangani kebimbangan yang disuarakan rakyat,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar. Menurut laporan, Pembentangan ini berkemungkinan dibacakan pada minggu hadapan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share