
KUALA LUMPUR, 17 DIS 25 — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan Perjanjian Anwar-Trump (Perdagangan Timbal Balas Malaysia Amerika Syarikat), yang telah dimeterai tidak boleh dibatalkan atau diundur.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih mempunyai ruang untuk merunding semula mana-mana klausa yang didapati tidak adil atau merugikan kepentingan Malaysia.
“Apa yang sudah ditandatangani, kita tidak boleh undur balik. Tetapi kita boleh melihat perkara yang tidak adil dan meminta rundingan semula kerana perjanjian perdagangan bukan sesuatu yang bersifat muktamad,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi simbolik ‘clock in’ bagi memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), hari ini.
Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, beliau bersama pengurusan MITI akan meneliti keseluruhan perjanjian bagi mengenal pasti aspek yang memerlukan rundingan lanjut demi melindungi kepentingan negara. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.