Rafizi Ingatkan PKR Berhati-hati Ambil Calon Lompat di PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 13 NOV 25 – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegur partinya agar berhati-hati dalam memilih calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, khususnya melibatkan calon berpindah parti.

Menurut Rafizi, PKR perlu memastikan calon yang dipilih benar-benar mewakili semangat reformasi dan bukannya sekadar mencari peluang politik baharu.

“Dalam PKR, memang wujud dua pandangan. Ada yang menganggap calon berpindah parti ini seperti durian runtuh kerana mereka sudah dikenali dan berpengaruh. Namun, ada juga yang merasakan mereka tidak sejiwa dengan perjuangan reformasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, jika calon berkenaan benar-benar berjiwa reformasi, mereka sepatutnya sudah bersama PKR sejak awal, bukan hanya selepas parti lain tumbang.

Rafizi mengulas penyertaan 10 calon PKR di PRN Sabah, termasuk empat calon baru yang menyertai parti, iaitu Datuk Ruji Ubi (Merotai), Datuk Yamani Hafez Musa (Sindumin), Datuk Jamawi Jaafar (Melalap) dan George Hiew (Karamunting). Antara calon baru ini, perhatian khusus tertumpu kepada Yamani Hafez Musa yang merupakan anak kepada TYT Musa Aman, bekas Ketua Menteri Sabah.

Katanya, penyertaan Ruji mudah difahami kerana beliau berprofil tinggi dan merupakan bekas pegawai kanan kerajaan, namun tiga lagi calon mempunyai rekod berpindah parti yang panjang. Kehadiran calon seperti Yamani Hafez, yang berasal daripada keluarga politik berpengaruh, menunjukkan tekanan tambahan kepada PKR untuk memastikan calon dipilih bukan semata-mata kerana nama besar atau pengaruh keluarga.

“PKR pernah mengalami kegagalan di PRN Melaka apabila mengambil calon berpindah parti, sedangkan sebelum itu kita menang besar pada PRU 2018. Sejarah itu harus dijadikan pengajaran,” tegas Rafizi.@politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share