Rafizi Jumpa Pemberi Maklumat Berkaitan Farhash Sebelum Anak Diserang

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 25 – Mantan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa serangan ke atas anaknya berlaku selepas perjumpaannya dengan pembocor maklumat berkaitan dengan ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Menurut Rafizi, maklumat yang diberikan kepadanya adalah bersabit Farhash Wafa Salvador.

“Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urus niaga syarikat-syarikatnya,” kata Rafizi.

Kenyataan yang dimuat naik di laman facebook beliau sekaligus mengesahkan bahawa ia tiada kaitan dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin.

“Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan.

“Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian.

Saya telah berhubung dengan Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini. Katnya.

Minggu lepas, anak Rafizi di serang oleh individu yang tidak dikenali di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Putrajaya.

Beliau mendedahkan anaknya ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.

Pada Julai lepas, Rafizi juga telah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan ke atas Farhash berkaitan perolehan kelulusan lesen cari gali arang batu seluas 70,000 hektar di Sabah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share