Rakyat Perlu Anjakan, Elak Negara Terus Hancur – Haniff Khatri

KUALA LUMPUR, 24 NOV 25 — Rakyat perlu berani melakukan anjakan drastik demi membebaskan negara daripada terus hancur di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa peguam kanan Haniff Khatri Abdulla.

Haniff mendakwa, tindak tanduk Anwar merosakkan sistem tatakelola dalam negara melalui amalan nepotisme dan kronisme.

“Bagi saya negara sudah hancur tapi masalahnya rakyat. Rakyat terlampau taksub dengan pemimpin dan parti. Perkara itu sebabkan isu salah ditutup dan dianggap sebagai kenyataan politik.

Tidak. Ini bukan pasal Anwar, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin atau (Tan Sri) Hadi Awang atau (Datuk Seri) Zahid Hamidi atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini berdasarkan keluruhan Perlembagaan.

“Kalau pemimpin tidak patuh dan cakap tak serupa bikin amalkan nepotisme dan kronisme tatakelola diabaikan sering ditekankan abaikan sendiri kita tak boleh biarkan,” katanya, dalam satu hantaran video.

Katanya, rakyat perlu berani untuk menghentikan dan mengurangkan kerugian dalam kehancuran lanjut negara datangnya PRU16 akan datang.

“Sejujurnya memerlukan kewajipan rakyat untuk melakukan anjakan drastik dan tegas dalam lanskap politik negara serta hak pemilihan semasa PRU16 ke arah gagasan bebas parti,” kata Haniff.

Antara lain, Haniff membangkitkan isu pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri dan pengguguran 47 pertuduhan terhadapnya.

Dia turut membangkitkan isu nepotisme Nurul Izzah Anwar diangkat sebagai timbalan presiden PKR dan juga isu membabitkan Setiausaha Politik Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung pengeluaran surat sokongan.

“Ini soalan wajar rakyat tanya dalam tempoh tiga tahun dan tidak dijawab

” Bila kena batang hidung sendiri, anak sendiri Nurul Izzah berkaitan nepotisme, Farhash Salvador berkaitan kronisme. Setiausaha politik sendiri berkaitan surat sokongan, Anwar lari 180 darjah dari tatakelola yang Anwar sendiri cipta,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share