RCI Dedah Amalan ‘Perakaunan Kreatif’ di TH

KUALA LUMPUR | 31 Julai 26 – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati pengurusan Tabung Haji (TH) mengamalkan apa yang disifatkannya sebagai “perakaunan kreatif” bagi membolehkan pengisytiharan agihan keuntungan (hibah) yang tinggi.

Menurut laporan itu, pengurusan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017 tidak menggunakan nilai aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan Tahunan yang diaudit Jabatan Audit Negara.

Sebaliknya, TH menggunakan nilai aset yang boleh direalisasikan atau Realisable Asset Value (RAV) bagi menentukan pematuhan kepada Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995.

RCI berkata pendekatan tersebut menyebabkan nilai aset yang digunakan bagi pengiraan hibah menjadi lebih tinggi berbanding nilai yang dinyatakan dalam penyata kewangan beraudit.

Laporan itu turut menyatakan tiada pelarasan dibuat terhadap pelaburan yang mengalami penyusutan nilai.

“Pengurusan LTH telah membuat amalan perakaunan kreatif bagi pengisytiharan agihan keuntungan (hibah) yang tinggi.”

Menurut RCI, pihak pengurusan memberi alasan bahawa Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995 tidak memberikan definisi yang jelas mengenai aset, sekali gus membolehkan mereka menentukan sendiri kaedah pengiraannya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share