Pertahan Tindakan Hina Mursyidul Am, Pemuda PAS Kecam DAPSY

KUALA LUMPUR, 22 NOV 25 — Pemuda PAS Selangor mengecam tindakan DAPSY Selangor yang didakwa menolak memorandum mereka secara angkuh, serta mempertahankan poster berkaitan Mursyidul Am PAS yang dianggap sebagai penghinaan ketika beliau sedang menerima rawatan.

Ketua Pemudanya, Ustaz Mohamed Sukri Omar berkata, tindakan itu mencerminkan politik sombong dan kegagalan DAP memahami nilai kemanusiaan.

“Memorandum Pemuda PAS Selangor bukan untuk bermain sentimen, tetapi untuk menegur tindakan biadab Ketua Pemuda DAP yang mengeluarkan poster penghinaan terhadap Mursyidul Am PAS.

“Mengapa DAPSY tidak berani menyentuh perkara pokok ini. Mengapa mereka mempertahankan perbuatan biadab mereka. Di sinilah rakyat dapat melihat nilai sebenar perjuangan mereka. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Pemuda PAS juga menuduh DAPSY mengamalkan dwistandard apabila menganggap penghinaan terhadap pemimpin PAS sebagai kebebasan bersuara, tetapi mengkritik teguran balas daripada umat Islam sebagai ancaman politik.

“DAP sering melaungkan politik progresif dan demokrasi. Namun hari ini tindakan mereka menolak memorandum secara angkuh membuktikan satu perkara.

“DAP bukan sahaja tidak memahami politik matang, malah tidak bersedia menerima teguran. Tegasnya.

Dalam pada itu, Pemuda PAS Selangor menegaskan mereka akan terus mempertahankan politik berasaskan adab dan kemanusiaan, serta menolak sebarang bentuk penghinaan terhadap pemimpin mana-mana pihak. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share