
KUALA LUMPUR, 11 Jul 25 – Cadangan beberapa pihak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Tribunal khusus bagi menyelesaikan kemelut pelantikan hakim, kata Haniff Khatri Abdulla.
Peguam kanan itu berkata, kedua -dua perkara itu memakan masa untuk dilaksanakan dengan pelbagai prosedur.
“Sebenarnya di tahap ini dalam pandangan saya tentang kemelut kita lalui, cadangan tentang RCI mahupun cadangan seketariat untuk tribunal, dua- duanya tidak membantu pada masa ini.
“Cadangan (Ahli Parlimen Pandan Datuk SERI) Rafizi, (Ramli), RCI pertama sekali mesti dinasihati kerajaan ke bawah Agong di bawah Akta RCI, adakah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan nasihati Agong, tidak akan berlaku.
“Berapa lama masa nak tubuh RCI, nak kena lantik suruhanjaya, terma rujukan, inkuiri, saksi, dan kemelut ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan akan bersara berbulan lagi,
“Begitu juga tribunal, kena ada dakwaan salah laku dan dimajukan untuk tribunal buat keputusan. Itu tak selesaikan masalah kekosongan kerusi hakim,” kata Haniff, dalam rancangan podcast Keluar Sekejap.
Haniff sebaliknya berkata, langkah yang wajar dilaksanakan adalah Anwar mengikut amalan sedia ada, berdasarkan kekananan dan senioriti dan umur untuk melantik hakim bagi mengisi kekosongan jawatan tinggi itu. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.