Oleh : Khairuddin Abu Hassan

YB Dato Seri Ronald Kiandee adalah salah seorang tokoh politik dari negeri Sabah yang amat saya hormati serta kagumi.
Beliau mempunyai jati diri yang amat baik dan salah seorang tokoh politik yang mempunyai tahap integriti yang tinggi.
Mutu kepimpinannya amat terserlah ketika Ronald Kiandee dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen di mana kita dapat melihat cara pengendalian beliau ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung amat professional.
Sebagai seorang peguam berlatarbelakang mahir di bidang undang-undang sifat integriti serta displin Ronald Kiandee amat tebal dalam dirinya.
Sebab itulah membolehkan dirinya mengupas apa saja isu-isu secara tuntas dan bernas kerana ilmu pengetahuan beliau cukup tinggi.
Di samping itu Ronald Kiandee cukup mudah digauli serta mesra rakyat.
Personalitinya di semenanjung Malaysia dihormati dan jaringan hubungan beliau juga luas yang boleh dimanfaatkan oleh negeri Sabah sekiranya Ronald Kiandee dipilih sebagai tokoh pemimpin nombor satu negeri di bawah bayu.
Hakikatnya juga, rakyat Sabah mahu melihat peluang kepimpinan diberikan kepada tokoh-tokoh baru seperti Ronald Kiandee bukan muka-muka lama yang dikitar semula.
Pengalaman luas dan ilmu pengetahuan yang tinggi di samping jatidiri yang beretika, berprinsip serta berintegriti yang ada pada Ronald Kiandee akan mampu untuk memacukan negeri Sabah ke tahap yang lebih gemilang.
Yang teramat penting beliau yang saya kenali amat anti rasuah dengan mutu kepimpinan yang cukup berwibawa.
Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.