Runding Dulu Calon PM, Muhyiddin Jangan Terus Umum Saja – Mursyidul Am PAS

KUALA LUMPUR, 14 Jul 25 – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu duduk dan berbincang sesama pemimpin dalam gabungan mereka sebelum penentuan calon perdana menteri gabungan itu diumumkan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hj Hashim bin Jasin.

Tegasnya, pengerusi PN itu tidak boleh menentukan perkara pokok dan dasar gabungan secara bersendirian tanpa penglibatan anggota gabungan.

Jelas Hashim, penentuan calon perdana menteri dan barisan Kabinet bayangan gabungan itu adalah antara contoh perkara dasar yang perlu diputuskan dan dimuktamadkan melalui perbincangan.

“Apa (isu) yang berbangkit (dalam PAS adalah) keputusan dibuat pengerusi PN,  Muhyiddin tidak dibincangkan dalam PN.

“Siapa calon perdana menteri dan jawatankuasanya setahu saya tidak dibuat dalam satu perbincangan antara dua parti. Kita minta dirunding diputus dulu baru umum,” katanya.

Hashim turut berkata, cadangan berkenaan tidak bertujuan untuk memecah belahkan PN sebaliknya bertujuan mengukuhkan kedudukan pembangkang.

“Saya difahamkan usaha ke arah itu sedang dijalankan. Kita suruh runding balik benda dasar yang tak boleh diputus satu pihak. Bukan kita berpecah belah.

“Kalau ikut aturan itu kita tentukan bersama semua dasar,” katanya lagi.

Terdahulu, sumber PAS sebelum ini menyatakan pendirian mengenai kedudukan Pengerusi PN dan beberapa isu pelantikan yang didakwa dibuat tanpa berbincang dengan pimpinan PAS dan parti komponen PN. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share