Saifuddin Abdullah: Hina al-Quran Bukan Salah Faham, Tindakan Tegas Mesti Diambil

KUALA LUMPUR | 28 Feb 27 – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, menegaskan bahawa Islam diajar dengan pendekatan berhikmah dan berhemah dalam situasi yang sesuai, namun tindakan menghina al-Quran tidak boleh dianggap sebagai satu salah faham semata-mata.

Menurut beliau, perbuatan memijak dan menghina al-Quran adalah satu tindakan biadab yang melampaui batas serta tidak wajar dipandang ringan.

“Kita mengajar Islam dalam situasi yang wajar, dengan pendekatan lemah lembut dan berhemah. Namun apabila al-Quran dipijak dan dihina, itu bukan lagi salah faham, itu kurang ajar! Ia mesti diajar dan tindakan mesti tegas!” katanya di applikasi X.

Beliau menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk mencetuskan provokasi atau menyentuh sensitiviti agama, khususnya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Saifuddin turut menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keharmonian serta rasa hormat antara agama terus terpelihara.

Menurutnya, pendekatan tegas dalam isu melibatkan penghinaan terhadap agama adalah penting bagi mengelakkan insiden serupa berulang pada masa hadapan.

Baru-baru ini, seorang penuntut sebuah universiti tempatan di Pahang, direman empat hari bagi membantu siasatan susulan tular gambar lelaki memijak Al-Quran dan memuat naik di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata penuntut terbabit ditahan di sini, awal pagi, susulan laporan polis dibuat bapa suspek.

Menurutnya, bapa penuntut terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk membuat laporan mengenai hantaran di media sosial dilakukan anaknya berkaitan penghinaan terhadap Al-Quran. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

KKM Batal Cadangan Bina Hospital Maran

Cadangan pembinaan Hospital Maran bernilai RM350 juta tidak akan diteruskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk memberi keutamaan kepada pengukuhan fasiliti kesihatan sedia ada di daerah berkenaan.
Read More
Total
0
Share