Muhyiddin Nafi Tidak Sokong Blok Borneo, Kenyataan Hajiji Tak Berasas 

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 25 – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor  kononnya beliau pemimpin yang tidak menyokong blok Borneo.

Bekas perdana menteri itu sebaliknya melabel kenyataan Hajiji sebagai tidak berasas dan satu pembohongan.

“Sejak bila saya tak sokong Sabah atau tak sokong Blok Borneo ini. Bohong,” kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis Jelajah Rakyat PN, baru-baru ini.

Presiden Bersatu itu berkata, kehadirannya secara konsisten di Sabah sejak dahulu membuktikan komitmennya terhadap pembangunan dan kepentingan negeri itu.

“Kalau saya nak ceritakan satu masa yang agak lalu, ketika Umno masuk ke Sabah, waktu itu sampai ke hari ini saya masih berada di Sabah.

“Kerana saya yakin Sabah ada keistimewaan, ada kekayaan muka bumi yang boleh digunakan untuk dibangunkan, untuk menjadikan Sabah ini negeri yang maju dan berjaya,” kata Muhyiddin lagi

Ketika Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sebelum inj, Hajiji mendakwa terdapat pemimpin kerajaan terdahulu yang tidak menyukai blok Borneo.

Dakwanya, ia adalah antara faktor yang mendorongnya menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji bagaimanapun tidak menamakan pemimpin berkenaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share