
KUALA LUMPUR | 28 Ogos 26 — Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta.
Saravanan, 58, yang juga Timbalan Presiden MIC, didakwa menerima tiga bayaran masing-masing RM150,000, RM350,000 dan RM597,000 berkaitan kelulusan permohonan 1,000 kuota pekerja asing bagi TYKB Engineering Sdn Bhd pada 2022.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan Saravanan memohon untuk dibicarakan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM450,000 dengan syarat beliau melapor kepada SPRM setiap tiga bulan serta tidak menghubungi saksi. Sebutan kes ditetapkan pada 29 September ini.
Saravanan sebelum ini menafikan sebarang salah laku dan berkata beliau akan mempertahankan dirinya di mahkamah. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.