“Rakyat Susah, Cukaiman Selamba”

KUALA LUMPUR, 7 Jul 25 – Sekumpulan pendesak berhimpun secara aman dalam Himpunan Turun Anwar di Seksyen 9, Shah Alam sebagai protes bantahan terhadap kempimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan malaysiakini, himpunan tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Turun Anwar bagi menyatakan protes terhadap pelbagai isu yang dikatakan semakin menekan rakyat ketika ini.

Antara isu utama termasuklah peningkatan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan mulai 1 Julai.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Kamal Mohamad; bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor; Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid; Naib Ketua Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohammad Azamuddin Sahar.

Rafique dalam ucapannya meminta Anwar berundur atau bercuti dan seterusnya menyerahkan jawatan kepada individu lain bagi menggalas tanggungjawab.

Peserta himpunan yang hadir dilihat membawa sepanduk dan plakad bertulis “Turun Anwar”, “Rakyat Terbeban”, “Rakyat Susah, Cukaiman Selamba”, “Kami nak pemimpin, bukan cukaiman.” @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share