
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 25 — Tindakan sesetengah negeri menjadikan Petronas sebagai sasaran mereka bakal menganggu kedudukan ‘custodian’ syarikat minyak tersebut ibarat sedang membunuh angsa bertelur emas, kata Datuk A Kadir Jasin.
Katanya, dalam keghairahan sesetengah negeri mengambil kesempatan daripada kegawatan politik nasional untuk menambah autonomi mereka, Petronas dijadikan sasaran.
“Namun yang lebih membimbangkan adalah gangguan terhadap kedudukan Petronas sebagai “custodian” minyak gas negara.
“Sebarang tindakan yang menggugat kedudukan Petronas adalah sama seperti membunuh angsa yang bertelur emas,” katanya
Mengimbau sejarah lama, Kadir berkata, tanpa Petronas aset petroleum negara akan terus dimiliki dan eksploitasi oleh gergasi minyak antarabangsa.
“Misalnya, Shell memonopoli pemilikan dan pengeluaran minyak Sarawak sejak tahun 1910.
“Hanya pada tahun 1976, melalui usaha Petronas, penguasaan ke atasnya menjadi hak negara,” kata Kadir.
“Melalui Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA), hasil dikongsi oleh Petronas, negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan syarikat-syarikat minyak.” @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.