Sekretariat Orang Melayu Lambang Kebangkitan, Kata NGO

KUALA LUMPUR, 6 Jun 25 – Sekretariat Orang Melayu bukan sekadar platform penyatuan orang Melayu tetapi adalah lambang kebangkitan semangat perpaduan, kata NGO Pertubuhan Negarawati Tanahair (Negarawati).

Presiden Negarawati Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, bagi menjayakan agenda itu, orang Melayu diseru melupakan perbezaan masing-masing sebaliknya fokus kepada memartabatkan agama Islam dan  memperkukuh bangsa Melayu.

“Oleh itu, kami menyeru dengan penuh harapan dan keyakinan marilah bersama-sama menyokong, menyertai, dan memperkukuh Sekretariat Orang Melayu.

“Ini adalah peluang emas untuk menunjukkan kepada dunia kekuatan dan keteguhan bangsa Melayu yang bersatu di atas landasan agama Islam dan kepentingan bangsa,” katanya.

Tambahnya, wujud ancaman terhadap identiti, nilai, dan hak orang Melayu yang memerlukan maklum balas yang tegas dan berhikmah.

“Platform ini adalah ruang untuk semua. Marilah kita menyumbang tenaga, idea, pengalaman, dan sumber secara bersama-sama.

“Hanya dengan penyatuan ummah dan bangsa yang sebenar, barulah kita memiliki kekuatan untuk menghadapi apa jua rintangan,” jelasnya.

“Kini bukan masanya untuk kita berpecah belah oleh ideologi politik yang sempit, perbezaan pandangan kecil, atau pertikaian yang tidak berkesudahan.

“Marilah kita ketepikan seketika perbezaan tersebut. Yang lebih utama adalah kesatuan kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu yang menghadapi cabaran yang sama,” tambahnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Dana NGO Untuk Politik Kini Jadi Budaya, Kata Mahasiswa PKR

“Ramai anak muda tak sedar pun apa yang mereka buat itu sebenarnya ada unsur rasuah dan politik wang. Sekarang ini ada trend besar, anak muda tubuh NGO, dan NGO ini akan bergerak bersama ahli politik tertentu. Ada dana yang masuk, dan akhirnya NGO itu digunakan untuk jalankan kerja parti.
Read More
Total
0
Share