Siapa Bayar Majlis Gala Hidang Alkohol? Soal Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR, 7 Okt 25 – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa premis menjadi lokasi majlis makan malam gala yang menghidangkan minuman beralkohol baru-baru pihak yang membayar acara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu menggesa premis berkenaan mendedahkan pihak yang menganjurkan acara itu secara rasmi, sama ada Tourism Malaysia atau tiga persatuan industri lain.

“Sebab itu saya memohon supaya pihak Sunway Hotel sebagai lokasi majlis yang merupakan ‘listed group’ dengan ‘corporate governance’ untuk dedahkan majlis gala tersebut, ‘letter of undertakingnya’ adakah daripada Tourism Malaysia ataupun tiga persatuan ini?

“Kalau dari tiga co-host ini, maka maknanya mereka tak boleh ada tuntutan pun kepada pihak Tourism Malaysia, dan kita akan pantau sekiranya terdapat sebarang pembayaran.

“Tak kisah lah sama ada geran GSSP (geran sokongan sektor pelancongan) atau melalui geran Gamelan,” kata Mas Ermieyati semasa sidang media di Parlimen, hari ini.

Ia susulan persatuan Malaysian Indian Travel & Tours Association (Mitta), Malaysian Inbound Chinese Association (Mica) dan Malaysia My 2nd Home Consultants Association (M2HCA) menggesa agar dihentikan kenyataan ‘mengelirukan’ mengenai majlis makan malam gala itu.

Mereka turut mempertahankan penjelasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bahawa acara itu telah diambil alih dan dibiayai oleh pemain industri, dan bukannya majlis kerajaan.

Mas Ermieyati berkata, tiada nama persatuan yang dikreditkan semasa acara itu sebaliknya bahan promosi  hanya memaparkan logo Tourism Malaysia walaupun tiga persatuan mengesahkan peranan mereka sebagai hos bersama majlis makan malam tersebut.

“Saya amat teruja, terkesima, agak ‘hebat’ menteri ini sebab dia boleh dapatkan tiga persatuan ini untuk belanja makan, minum, serta ‘free flow’ arak yang jumlahnya saya dah kira sendiri…makan malam di Sunway Resort, hidangan muhibbah RM260 seorang.

“Bayangkan malam itu lebih 600 orang yang hadir, berapakah besar belanja? Belum masuk lagi arak. Saya difahamkan lebih RM80,000, siapa yang bayar?

“Adakah pemain industri ini yang benar-benar bayar?” soalnya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berdepan kecaman selepas tular laporan bahawa minuman beralkohol dihidangkan dalam satu majlis rasmi anjuran kementerian berkenaan baru-baru ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share