SNCC Sahkan 23 Rakyat Malaysia Kini Dalam Tahanan Israel

Foto – Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Okt 25 — Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) hari ini mengesahkan bahawa seramai 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada dalam tahanan di bawah pengawasan pihak Israel.

Dalam kenyataan rasmi, SNCC menyatakan bahawa sebelum ini hanya 17 orang dilaporkan “terputus hubungan”, namun ia telah disemak semula dan jumlah sebenar mereka yang ditahan adalah 23 orang.

Menurut laporan, antara nama yang dikenal pasti termasuk penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga), Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil (kapal Alma), serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin, dan Rusydi Ramli (kapal Sirius). Turut dikaitkan ialah Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah (kapal Hio), serta Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu).

Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan dijemput menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan diadakan di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

SNCC menyeru agar tindakan diplomatik segera diambil bagi memastikan keselamatan dan pembebasan warganegara Malaysia yang ditahan itu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share