Wan Saiful Cadang Moratorium Sewa Mykiosk 6 Bulan, Ringankan Beban Penjaja Kecil

KUALA LUMPUR | 14 Apr 26 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan moratorium sewa MyKiosk selama enam bulan di seluruh negara bagi membantu meringankan tekanan kewangan yang dihadapi peniaga kecil dan mikro.

Beliau berkata, keadaan ekonomi semasa yang masih dibelenggu kenaikan kos sara hidup, termasuk harga bahan api, logistik serta bahan mentah, telah memberi kesan langsung kepada margin keuntungan penjaja kecil yang semakin mengecil.

“Minggu lalu saya bertemu kumpulan penjaja kecil Tasek Gelugor. Luahan hati mereka menunjukkan mereka benar-benar terkesan apabila margin keuntungan yang memang sudah kecil menjadi semakin kecil dalam suasana ketidaktentuan ekonomi hari ini. Katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan moratorium sewa MyKiosk selama enam bulan kepada semua penyewa aktif di seluruh negara sebagai langkah bantuan bersasar dan sementara.

“Laporan media mengatakan terdapat 7,243 unit kiosk di seluruh negara, dengan kos pembangunan RM150 juta.

“Kadar sewa bulanan pula ialah antara RM200 ke RM300 sebulan. Jika diberikan moratorium sewa, anggaran kos bantuan kerajaan ialah RM8.6 juta hingga RM13 juta sahaja. Malahan kos ini mungkin lebih rendah kerana kadar penggunaan bukan 100 peratus. Katanya.

Beliau menjelaskan bahawa jumlah tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kos keseluruhan pembangunan program MyKiosk yang mencecah sekitar RM150 juta, namun mampu memberi kesan besar kepada ribuan penjaja kecil yang terkesan.

“Ini bukan sekadar bantuan jangka pendek, tetapi ruang nafas kepada peniaga mikro untuk menstabilkan aliran tunai dan meneruskan operasi dalam keadaan ekonomi mencabar,” katanya.

Cadangan itu, menurut beliau, adalah langkah intervensi bersasar yang boleh membantu mengurangkan tekanan kos operasi tanpa membebankan struktur fiskal negara secara signifikan.

Ketika ini, harga diesel di semenanjung telah mencecah RM 6.72 seliter. Banyak pihak daripada Pesawah, peniaga kecil dan pengusaha stesen minyak sendiri. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share