Menurut beliau, desakan pemecatan terhadap Azmin pula dibuat berasaskan isu moral yang didakwa telah mencetuskan keresahan dalam kalangan ahli, komponen parti serta masyarakat umum, sekali gus merosakkan imej Bersatu sebagai parti yang mendakwa berteraskan Melayu dan Islam.