Terlalu Banyak Spekulasi, Wan Saiful Gesa Segerakan Laporan Bedah Siasat Zara

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 25 — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa laporan bedah siasat pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir segera dikeluarkan bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul.

Menurut ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, sudah terlalu banyak spekulasi mengenai kenapa bedah siasat tidak dilakukan di peringkat awal kematian Zara Qairina.

“Jangan biarkan timbul spekulasi pula mengenai kenapa laporan bedah siasat lewat disediakan.

“Sekarang sudah ada yang mendakwa bahawa ada pihak sengaja mahu melengahkan laporan bedah siasat sehingga selepas pilihanraya negeri Sabah.

“Jangan biarkan spekulasi seperti ini berterusan. Laporan bedah siasat mesti disegerakan,” katanya, dalam satu kenyataan.

Wan Saiful sebelum itu menerima Memorandum Gerakan Mahasiswa dan Masyarakat Sivil Berhubung Kes Buli dan Kematian Zara Qairina bersama ahli Parlimen Perikatan Nasional.

“Saya menyokong gesaan yang disuarakan dalam memorandum ini.

“Kerajaan mesti memastikan laporan bedah siasat dikeluarkan segera tanpa lengah,” katanya.

“Tragedi Zara Qairina adalah isu kemanusiaan, bukan isu politik pilihanraya.” @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share