Naik Lagi, Harga Diesel Cecah RM6.72 Seliter

PUTRAJAYA | 9 Apr 26 – Harga diesel tanpa subsidi terus mencatat peningkatan ketara apabila naik sebanyak 70 sen kepada RM6.72 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, berbanding RM6.02 sebelum ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, kenaikan tersebut didorong oleh lonjakan harga minyak mentah global sejak beberapa minggu lalu, susulan krisis tenaga di Asia Barat yang turut meningkatkan kos logistik dan insurans.

Menurut kementerian itu, walaupun terdapat perkembangan terkini seperti pengumuman gencatan senjata yang menurunkan harga minyak global, kesannya tidak serta-merta dirasai di peringkat harga runcit tempatan. Ini kerana harga bahan api di Malaysia ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya, bukan harga semasa.

Tambahnya, sepanjang tempoh lima minggu lalu, harga petroleum global berada pada paras tinggi, mencecah sekitar AS$150 setong bagi petrol dan AS$250 setong bagi diesel, sekali gus memberi tekanan kepada harga domestik.

Kenaikan berterusan harga diesel ini dijangka terus memberi tekanan kepada kos operasi sektor pengangkutan dan rantaian bekalan, sekali gus berpotensi memberi kesan tidak langsung kepada harga barangan dan perkhidmatan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

PUTRA Kutuk Pembunuhan Ayatollah Ali Khamenei

Ibrahim Ali berkata pembunuhan terhadap pemimpin sebuah negara berdaulat merupakan pelanggaran serius terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya Artikel 2(4) yang melarang ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah dan kemerdekaan politik mana-mana negara.
Read More
Total
0
Share