Tak Perlu Konfrontasi, Sarawak Patut Runding Terus Dengan Petronas – Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 MEI 25 – Pertikaian antara Petronas dan kerajaan negeri Sarawak tidak seharusnya dilihat sebagai pertempuran antara kerajaan dengan negeri, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Memetik laporan FMT, Hamzah berkata, tuntutan Sarawak terhadap Petronas itu perlu ditangani dengan semangat perpaduan dan keadilan untuk mengelakkan perpecahan dalaman.

“Petronas untuk negara. Sarawak juga sebahagian daripada Malaysia,” kata Hamzah.

Ahli Parlimen Larut  itu berkata, lebih baik kedua -dua pihak bekerjasama berbanding memilih jalan konfrontasi.

“Sarawak harus bekerjasama dengan Petronas dan capai perjanjian – sama seperti mana-mana negara lain,” katanya.

Lebih-lebih lagi Petronas katanya diiktiraf sebagai satu-satunya syarikat Malaysia dalam senarai Fortune Global 500 yang berprestij.

Hamzah berkata, pemimpin kerajaan pusat dan negeri harus mengelak daripada menggambarkannya pertikaian itu sebagai ‘pertempuran’ antara Putrajaya dan Sarawak.

Sebaliknya kerajaan negeri perlu berunding terus dengan Petronas.

Petronas juga katanya berada dalam kedudukan terbaik untuk memutuskan formula royalti yang adil.

“Mereka ada analisis. Mereka ada data. (Jadi) mereka harus buat perjanjian yang adil untuk semua pihak,” katanya. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share