Tiga Lagi Ketua Bahagian Bersatu Dipanggil Lembaga Disiplin, Bakal Dipecat

KUALA LUMPUR, 30 Okt 25 — Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memuncak apabila tiga lagi Ketua Bahagian dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti dan dijangka berdepan risiko pemecatan, menurut Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Wan Ahmad Fayhsal mendedahkan bahawa antara yang dipanggil ialah YB Tuan Abdul Razak Khamis, Timbalan Yang Dipertua DUN Kedah, ADUN Sungai Tiang merangkap Ketua Bersatu Bahagian Pendang.

Menurut sumber, selain daripada itu menurut sumber, Dato’ Mohd Suhaimi Mohd Ghazali, Ketua Bersatu Bahagian Sepang dan Mohd Shukor Mustafa, Ketua Bersatu Bahagian Puchong turut dipanggil ke Lembaga Disiplin.

Panggilan tiga pemimpin akar umbi ini menunjukkan tindakan disiplin terhadap mereka yang dikatakan rapat dengan Timbalan Presiden, kini semakin meluas dan bermotif politik, bukan lagi berdasarkan pelanggaran peraturan sebenar parti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share