Titah Agong: Zaid Ibrahim Cadang PM Buat Rombakan, KDN Dan MINDEF Diberi Kepada DAP

KUALA LUMPUR | 20 Jan 26 — Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan rombakan besar dalam kementerian keselamatan dan perkhidmatan awam ketika mengulas titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkaitan skandal rasuah yang berleluasa dalam institusi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kastam, imigresen dan Dewan Rakyat.

Dalam kenyataannya di facebook, Zaid mencadangkan supaya Perdana Menteri mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan melantik tokoh-tokoh yang dianggap bersih daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menerajui kementerian keselamatan utama negara.

Menurut beliau, “DAP mempunyai beberapa personaliti yang tidak tercemar,” sambil mencadangkan Gobind Singh Deo mengambil alih Kementerian Dalam Negeri, manakala Yeo Bee Yin diberikan portfolio Menteri Pertahanan.

Zaid turut menyatakan bahawa Yeo Bee Yin adalah “super wealthy and incorruptible”, dan mencadangkan agar beliau diberikan tanggungjawab tersebut.

“Gobind should take over Home Affairs; Yeo Bee Yin is super wealthy and incorruptible, so give her the Defence Ministry.

“Gobind wajar mengambil alih Kementerian Dalam Negeri; Yeo Bee Yin pula sangat kaya dan tidak boleh dirasuah, maka berikan kepadanya Kementerian Pertahanan. Katanya

Cadangan itu dikemukakan sususlan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa apa yang didedahkan setakat ini berkaitan isu rasuah hanyalah “puncak gunung ais”, serta menzahirkan kebimbangan terhadap tahap integriti dalam institusi-institusi strategik negara.

Selain itu, Zaid turut menyeru supaya penumpuan kuasa dalam kalangan orang Melayu dalam perkhidmatan awam dikurangkan dengan melantik bukan Melayu yang jujur dan profesional ke jawatan tertinggi.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memecahkan kartel kuasa dengan membawa masuk “orang baharu daripada kumpulan baharu”.

Zaid bagaimana pun mengakui cadangan tersebut tidak popular dalam kalangan ‘nasionalis Melayu’, namun mempersoalkan kuasa yang memudaratkan negara.

“I know this will not be popular with” Malay nationalists, “but what is the point of having too much power that causes harm to the country”.

“Saya tahu perkara ini tidak akan popular dalam kalangan ‘nasionalis Melayu’, tetapi apakah gunanya memiliki terlalu banyak kuasa jika ia mendatangkan mudarat kepada negara? 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan perasaan kecewa terhadap kes rasuah dalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sampai peringkat tertinggi.

“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi.

“Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik Sarjan saja jadi PAT. Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau tip of the iceberg,” titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen semalam. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share