Penstrukturan Semula PN Persediaan Hadapi Perdana Menteri Populis, Kata Pemuda Pas

KUALA LUMPUR, 3 MEI 25 – Cadangan penstrukturan semula Perikatan Nasional (PN) adalah persediaan bagi menghadapi perdana menteri yang dilihat agresif, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar.

Khairul Nadzir berkata, PN perlu melakukan satu gerakan yang kuat sebagai persediaan mendepani Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya berbeza berbanding perdana menteri sebelum ini.

“Cadangannya kita perlu ada satu gerakan, yang kuat untuk mendepani perdana menteri sekarang. Kita kena akui perdana menteri sekarang berbeza, dah biasa di jalanan, buat provokasi, dia biasa menyerang, bukan perdana menteri yang ‘stagnant’.

“Perdana menteri kita populis, suka menyanyi, dapatkan perhatian walaupun kabinetnya tunggang langgang,” katanya, kepada politiko.my.

Jelasnya, situasi itu memerlukan PN bergerak dengan lebih aktif.

“Perdana menteri sebelum ini dilihat bersama bergerak dalam satu kabinet, jadi PN kena mempelbagaikan pentadbirannya kerana kita berdepan dengan orang bukan seperti perdana menteri sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, sebagai sayap Pemuda PAS, mereka mahukan gerak kerja pembangkang yang lebih agresif dan bukan hanya duduk menunggu.

“Musuh politik kita ubah pendirian, pendekatan dan sebagainya, itu juga PN kena lakukan.

“Jauh di hati Pemuda mahukan perubahan pentadbiran tapi itu tak berlaku, kita setakat menunggu,” katanya lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Boleh Rombak Kabinet Sekarang, Kata Saifuddin

Saifuddin berkata, tiada protokol rasmi menghalang perdana menteri daripada mengumumkan pengganti semasa kedua-dua mereka bercuti, dengan merujuk peletakan jawatan menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini.
Read More
Total
0
Share